suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anna Jobling julang nama Malaysia, diiktiraf Bakat Skrin Terbaik Asia Tenggara

Anna mengharumkan nama negara dengan pencapaian terbaharu ini.

AKTRES Anna Jobling menerima pengiktirafan Anugerah Bakat Skrin Terbaik Asia Tenggara pada majlis Top 10 of Asia 2026 yang berlangsung di Grand Hyatt pada Khamis. 

Pada anugerah tersebut, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 26, merupakan pelakon yang mewakili Malaysia di peringkat serantau.

Anna berkata pengiktirafan berkenaan menjadi dorongan untuk terus memberikan yang terbaik dalam kerjaya seninya.

"Saya sangat bersyukur dan terharu menerima pengiktirafan ini. Anugerah ini bukan sahaja bermakna buat saya, malah menjadi pembakar semangat untuk terus belajar, bekerja keras dan memberikan persembahan terbaik," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Anna diberi penghormatan itu atas sumbangan seni lakon di rantau Asia Tenggara.

Pengiktirafan itu diberikan sebagai penghormatan terhadap bakat Anna dalam bidang lakonan dan sumbangannya sebagai anak seni.

Tambah Anna, dia mahu berkongsi pengiktirafannya itu kepada keluarga, syarikat pengurusan, stesen televisyen, pihak produksi serta peminat yang sentiasa menyokongnya sepanjang perjalanan seninya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati nasib kucing dan haiwan jalanan, Anna Jobling bakal tubuh NGO AJ Care

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling ungguli trofi utama Anugerah Melodi Terhangat 2026

"Saya ingin berkongsi penghargaan ini dengan semua pihak yang sentiasa percaya dan menyokong saya. Tanpa mereka, saya tidak mungkin sampai ke tahap ini.

"Saya juga berazam untuk membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. Jika ada peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa saya sedia untuk melakukannya," ujarnya. 

Untuk info, Anna memulakan kerjaya seninya menerusi program realiti Dewi Remaja 2018/2019 dengan meraih tempat keempat.

Artikel Lain