PENYANYI veteran Hetty Koes Endang mempunyai alasan tersendiri untuk terus mengekalkan gaya tudung awning yang sinonim dengan penampilannya setiap kali muncul di pentas.Hetty, 69, atau mesra disapa Bunda berkata, dia sememangnya menggayakan tudung dengan cara berbeza ketika menghadiri majlis ilmu atau berkunjung ke rumah cucunya. Bagaimanapun, bintang legenda Indonesia itu menjelaskan gaya tudung awning yang sering digayakannya ketika membuat persembahan sudah menjadi identiti diri sejak 1996 dan tidak boleh diubah.Peminat mahu melihat Hetty dalam penampilan berbeza.“Kalau bunda (panggilan Hetty) ke pengajian (kelas agama), bermain ke rumah cucu bunda pergi sendiri selalu pakai tudung begini. “Kalau di panggung (acara pentas) memang itu sudah jadi trademark bunda dari tahun 1996 tak boleh diubah, maaf ya,” katanya. Hetty berkongsi perkara itu ketika memberi respons terhadap hantaran seorang pengguna Threads yang berpendapat penampilannya kelihatan lebih manis tanpa mengenakan tudung awning.ARTIKEL BERKAITAN: Hetty Koes Endang amal kunyah cekur sebelum menyanyiARTIKEL BERKAITAN: Hetty Koes Endang bersuara isu langgar hak cipta ‘Kasih’, minta penganjur konsert bertanggungjawabMenerusi hantaran tersebut, individu berkenaan turut berkongsi foto hasil janaan kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan penyanyi itu dengan gaya tudung berbeza.“Kalau bunda Hetty tak pakai tudung awning, cantik manis kan,” tulisnya. Untuk rekod, Hetty merupakan antara juri tetap program realiti Gegar Vaganza dan terbaharu sekali lagi diundang untuk mengadili peserta Gegar Vaganza Fantasia.Gaya tudung awning sememangnya cukup sinonim dengan penampilan Hetty sehingga menjadi identiti tersendiri penyanyi yang sudah lebih empat dekad mewarnai industri muzik Indonesia itu.TONTON VIDEO PILIHAN!