suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu van tak harap bayaran penuh, minta ibu bapa beri seikhlas hati untuk Disember - “Sekolah hanya seminggu je”

Pendapatan pengusaha van sekolah berkurang ketika musim cuti persekolahan. -Gambar hiasan AI

PENDAPATAN pengusaha van sekolah pastinya terjejas setiap kali tibanya musim cuti sekolah.

Seorang wanita bagaimanapun tersentuh dengan sifat pengusaha van sekolah anaknya yang hanya meminta bayaran seikhlas hati untuk bulan Disember.

Ia berikutan cuti persekolahan di seluruh Malaysia akan bermula pada 4 dan 5 Disember 2026.

Kewujudan perkhidmatan van sekolah membantu ibu bapa yang sibuk atau tidak mempunyai kenderaan. -Gambar hiasan AI

Menerusi tangkap layar WhatsApp yang tular, pengusaha digelar pakcik itu berkata dia tidak mengharapkan ibu bapa membuat bayaran penuh kerana sedar bulan depan sesi persekolahan hanya berlangsung selama lima hari sahaja.

"Assalamualaikum. Untuk bulan Disember, sekolah hanya seminggu je. Untuk pembayaran tambang van, tuan puan boleh bayar seikhlas hati.

"Tak perlu bayar penuh. Berapa pun saya terima. Terima kasih," ujar pengusaha van sekolah berkenaan.

Menurut wanita itu, dia sebenarnya segan jika tidak memberikan bayaran penuh kerana dua anaknya yang masih bersekolah rendah perlu menggunakan perkhidmatan van berkenaan.

  • Seorang wanita tular selepas berkongsi cerita tentang pengusaha van sekolah anaknya.
  • Pengusaha itu minta bayaran seikhlas hati kerana sekolah mula bercuti pada 4 dan 5 Disember.
  • Dia menyifatkan pengusaha van itu sebagai seorang yang baik hati dan pemurah dengan anak-anak.
  • Ramai netizen memberi saranan agar ibu bapa memberikan bayaran penuh sebagai saguhati kepada pemandu.

"Saya pun segan jika tak bayar penuh. Anak saya dua orang naik van. Bila balik sekolah, ada saja buah tangan untuk anak-anak yang naik van.

"Ada nasi lemak, kuih, buah rambutan dan macam-macam lagi. Duit raya pun ada," tulis wanita itu.

Perkongsian itu meraih lebih 20,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 1,300 komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelas PJ pun jadi isu, ibu murid Darjah 1 tak senang anak bebas bergaul lain jantina

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis konvo darjah 6 makin melampau... Wanita dedah cikgu guna ‘senjata halus’ kutip duit bayar kos hotel

Di ruangan komen, majoriti netizen memuji sifat individu itu yang tidak mengambil kesempatan seperti segelintir pengusaha van sekolah lain.

"Kalau yang macam ni, saya dengan senang dan rela hati sendiri nak bayar penuh.

"Saya akan bayar penuh. Sebab itu ibarat komitmen bulanan kita. Kalau separuh, macam mana pakcik tu nak survive belanja bulan tu?

"Saya sokong supaya bayar penuh sebagai saguhati sebab anak selamat dijemput dan dihantar sepanjang tahun," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain